Saturday 19 November 2011

Ragam Bersama Pelajar : Kenduri-kendara

Rasul sedang goreng ayam rempah. Terima kasih membantu saya.

Para pelajar sedang memotong timun untuk dibuat acar timun.
Anda rajin sangat.

Ini part tumbuk sambal belacan. Sedap. Kejap lagi kita makan.

Terima kasih kerana membantu. Anda rajin. U I Love.

Beginilah aksi dan ragamnya. Seingat saya, gambar ini dirakam pada bulan Julai. Pelajar-pelajar memang gemar ke rumah saya untuk makan-makan dan gotong-royong buat aktiviti bersama. Maklumlah, cikgunya suka makan!Haha.

Kemeriahan sebegini akan menjadi sebuah kenangan yang tidak dapat diputar kembali. Kami bersama-sama memasak untuk jualan hari ko-kurikulum 2011. Untuk melepaskan penat, kami makan bersama-sama nasi berlaukkan tomyam seafood, ayam goreng kunyit, dan sambal belacan sambil menunggu ayam berempah (menu utama) atas kuali masak untuk jualan Hari Ko-Kurikulum. Licin!Saya suka bersama-sama pelajar melakukan aktiviti sebegini. Jam 2.00 pagi berulah pelajar-pelajar saya pulang ke rumah. Jualan gerai kita sangat laris semasa Hari Ko-Kurikulum. Ketika sedang memasak, gas habis.Haha.Jam dekat 1.00 pagi. Nanti ayam berempah entah kemana. Pelajar saya, Atikah dan kawannya terus ke kedai runcit.Nasib baik kedai runcit buka lagi. Kenangan kita kan?



Seronokkan?

No comments:

Post a Comment