Tuesday 22 November 2011

KELAB GURU & KAKITANGAN

Alhamdulillah.

Apabila berada di kampung, tidak bermakna cuti ini milik saya sepenuhnya. Namun, suasana di kampung memberi ruang untuk saya bersama keluarga. Adakalanya menjentik tangkai hati di mana diri ini bermula. Hujan renyai-renyai. Malam seperti ini, alangkah baiknya membelek gambar aktiviti yang berlalu. Saya terbelek gambar kenangan semasa jamuan hari raya yang dianjurkan oleh KELAB GURU DAN KAKITANGAN. Pengalaman setahun memegang tampuk BENDAHARI KELAB GURU memberi erti dan pengalaman bermakna untuk diri ini.



Yang berbaju putih itu pengerusi KELAB GURU&KAKITANGAN, Cikgu Sukiman merangkap guru kaunseling bersama. Manakala, Cikgu Suhaimi dan Cikgu Zaini sedang bakar lemang.



Buluh yang dimasukkan daun pisang. Lemang pun nak buat sendiri juga. Order tak main okey.Haha. Pengetua tabik spring dengan geng KELAB GURU& KAKI
TANGAN. Memang kakitangan lah.


Inilah jejaka rajin. Malangnya anda di luar sana tidak dapek lah nak buat menantu. Sebab sudah berpunya. Haha. Lainlah PK HEM,Cikgu Wozali nak tambah lagi satu (berkopiah). Wakaka. ---Opss..Gurau jersss!
Ketika di rumah saya. Nasib baik ada pelajar yang sudi datang untuk membantu cucuk bunga telur untuk persediaan malam nanti. Aku call jer budak dua orang ni terus datang. Terima kasih Farah dan Ummu.


Sebelum memasak rendang. Basuh ayam dulu. Cikgu Sham juga jawatankuasa Kelab Guru. Beliau juga pengacara bersama untuk aku berduet.


Pada malamnya.

Ketika ini saya agak sakit kepala. Mungkin seharian bersama ahli jawatankuasa yang lain bersama-sama menyiapkan juadah. Terima kasih kepada guru-guru lelaki yang bersemangat memasak. Kaum ibu tidak dapat hadir kerana urusan bersama anak-anak masing-masing. Pengetua, Pen.Kanan Tadbir (wanita) juga hadir menyediakan juadah. Selagi single nih, boleh la saya bersama-sama uruskan dan sebaliknya. InsyAllah.



No comments:

Post a Comment