Sunday 23 October 2011

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Berbicara tentang bidang tugas utama Guru Bimbingan dan Kaunseling terdapat 32 bidang tugas utama yang perlu dilaksanakan. Proses menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling yang "cukup PAKEJ" ini bukanlah mudah. Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan sayap pentadbiran di sekolah. Semua perkara perlu diambil tahu. Alhamdulillah, hampir setahun saya dapat berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa amat memberi cabaran, pembelajaran dan perkara baru untuk saya. Tidak semua Guru Bimbingan dan Kaunseling mampu berbahagia. Hanya orang yang bahagia adalah apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik walaupun dalam menghasilkan tugas yang baik terdapat kedukaan. Setelah hasilnya memberi kebaikan untuk para pelajar, dan warga sekolah, kepuasan sudah pasti menanti. Paling utama adalah ganjaran HEBAT daripada Allah SWT. Pelbagai onak dan duri saya lalui, namun saya ingin katakan saya adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berbahagia. Saya bahagia dengan tugas ini. Sedih, duka adalah perkara yang biasa. Apabila sedih, kecewa, penat....kita ingat...PELAJAR PERLUKAN KITA.
Saat kita mahu marah, geram dengan kerenah pelajar....Lihatlah mata mereka yang memerlukan kita....Konfom tidak jadi marah.

Saya berjiwa besar dalam bidang perguruan. Paling penting saya buat kerja saya
dan saya mudahkan kerja orang lain.

Saya tersangatlah muda jika ingin dibandingkan dengan warga sekolah yang lain. Muda dari segi umur, dan muda juga dari segi pengalaman. Namun, saya mampu bersama-sama rakan sekerja yang berusia 40-50 tahun untuk berdiskusi, berbincang dan merancang demi program sekolah. Paling penting, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu berbahagia dengan tugas. Sebenarnya terlalu sukar untuk saya terjemahkan satu persatu apa yang Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu buat. Namun, saya boleh katakan "semua perkara" Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu tahu dan boleh buat. Kalau tidak tahu, kita perlu belajar melalui guru-guru lain yang lebih senioriti. Jika mahu belajar, buat cara mahu belajar, jangan tunjuk pandai. Paling penting kita bersedia untuk berkongsi dan dikongsi. Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah tenaga utama yang perlu menggerakkan sekolah. Klien kita adalah pelajar. Kita bekerja untuk pelajar. Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, cakna terhadap para pelajar adalah perkara utama. Jika kita tidak berminat dengan situasi dan persekitaran bersama-sama pelajar, nasihat saya adalah jangan sesekali dekati profesion perguruan. Contoh mudah, "Cikgu, sakit perut....cikgu...masa program nanti bawa berapa helai baju...cikgu...cikguuuuuuuuuuu...semuanya CIKGU!"Jika anda malas layan pelajar, jangan dekati profesion perguruan.

Cabaran sebagai seorang guru muda sudah menjadi lumrah. Namun, semuanya adalah bergantung pada diri sendiri untuk menguruskannya. Apabila orang tanya, seronok jadi guru?Ya, memang seronok. Namun, hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang kita alami. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga manusia biasa, punyai air mata. Mereka berhak menangis. Itulah terapi untuk mereka. Paling penting, ceritalah hal-hal kegembiraan yang akan mengembirakan diri kita sendiri. Malah, jadilah orang yang menurut perintah, sedia berkhidmat serta membina hubungan yang baik dengan pihak pentadbir dan rakan sejawat. Sekalipun sedang menyambung pengajian, sekolah adalah nombor satu dan cara untuk menguruskannya perlu bijaksana sekali! Apa yang dipelajari dalam dewan kuliah itu bukanlah semata-mata. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh di luar ketika bekerja lagi bermakna untuk kita. Paling penting, kita buat kerja kita dan bila minta dibantu, bantulah orang lain juga. Namun, kerja kita mesti buat. Banyak pendaman dalam jiwa saya, tetapi saya mahu cerita dan kongsikan perkara yang menyeronokkan dengan blogger. Ada guru-guru yang bertanya pada saya atas pandangan guru-guru kaunseling tidak ada kerja ketika di sekolah lama mereka. Jawapan saya (mahu selamatkan maruah kaunseling): Sebenarnya bergantung pada Guru Bimbingan dan Kaunseling itu untuk dia bekerja. Sama jugalah apa kerja pun bergantung pada kita. Kalau mahu diperincikan tugas, penat untuk bercerita. Sekecil-kecil perkara, ketika orang lain bercuti pada bulan 12, saya datang buat sijil berhenti pelajar tingkatan 5. Setahu saya, sijil berhenti sekolah semasa saya belajar dahulu, kerani sekolah yang buat. Tidak mengapalah, selagi boleh buat kita buat sambil tersenyum. Senang cakap, jangan berkira untuk buat baik. Duit gaji yang diperoleh itu jadi darah daging kita dan keluarga juga.

Berjumpa lagi untuk perkongsian seterusnya tentang peristiwa yang memberi kesan kepada saya.Log out dulu sekejap lagi ada urusan.

Sunday 16 October 2011

Pengurusan Fail Peribadi

Cikgu, pening lah nak buat ni...Antara keluhan pelajar

Hasil tunjuk ajar, mereka dapat mempelajari cara untuk menguruskannya bersama-sama

Ada juga ketua tingkatan yang sudi membantu

Terima kasih dan jutaan tahniah kepada para pelajar kerana telah membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menguruskan fail. Pengurusan fail peribadi pelajar ini telah dilakukan mengikut nisbah guru kaunseling. Fail sebanyak 2553 orang pelajar ini perlu diuruskan dan dikemaskini dengan baik untuk memudahkan pengurusan rekod yang akan datang.

Pn.Roslina - Fail pelajar tingkatan 3
En.Sukiman - Fail pelajar tingkatan 5
Pn.Fashadira - Fail pelajar tingkatan 2
Pn. Rashidah - Fail pelajar tingkatan 1
Cik Nor Afiti - Fail pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6

Walaupun mengambil masa untuk menguruskannya, akhirnya fail peribadi pelajar telah selesai diuruskan pada bulan Mac 2011. Selama tiga bulan juga untuk menyiapkannya kerana kesibukan pengurusan dan program yang lain. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Keseluruhan fail ini ditempatkan di Unit Bimbingan dan Kaunseling dan diseliakan oleh guru kaunseling mengikut tingkatan.

Pengenalan Diri


Alhamdulillah.

Saya ingin sekali mempunyai diari coretan sebagai GBK. Sebelum ini saya punyai blog tetapi terlalu umum dan personal. Sebelum ini ada juga blog untuk ruangan kaunseling cuma telah dipadam pada dua tahun yang lepas. Semoga dengan hadirnya ruangan baru ini dapat menjadi panduan pada diri saya sendiri dengan pengalaman dan perkongsian dapat direfleksi semula untuk penambahbaikan kemudian hari. Adakalanya cerita kita yang lepas perlu disemak dan sebagai panduan serta diperbaiki dari semasa ke semasa. Perkongsian pengalaman dan coretan kisah dari kaca mata seorang guru kaunseling ini adalah berkisar tentang diri-sendiri, tidak menyentuh sensitiviti pihak lain. Semoga dengan hadirnya blog ini kita saling mendapat manfaat. Semoga kita dapat berkongsi dan mendapat pengetahuan berkaitan coretan harian Guru Bimbingan dan Kaunseling. Rata-rata orang selesa panggilan kaunselor tetapi saya masih ingin mengekalkan panggilan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling kerana terdapat perbezaan panggilan itu iaitu melibatkan setting pekerjaan. Walaupun kekangan masa, saya gagahi untuk mencoret di ruangan ini. Doakan saya pergi lebih jauh dalam Bidang Kaunseling. Hanya jauhar yang mengenal manikam.

Nama: Cik Nor Afiti Bt Mohd Basri
Jawatan: Guru Bimbingan dan Kaunseling (Sepenuh Masa)
Bertugas: Di Sekolah Menengah di bandar Sungai Petani, Kedah
Berasal: Tumpat, Kelantan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Mudah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Kepujian) dari UPSI dan sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di UPSI juga.
Warna Personaliti Diri : Hijau (Dominan) dan biru

Falsafah Hidup:
1. Manusia berpotensi berkembang dengan lebih baik
2. Laksanakan sesuatu dengan kepuasan dan bertanggungjawab

Anugerah dalam Bidang Kaunseling

1. Anugerah Pingat Perak (Silver Medal) Pertandingan Inovasi Pelajar peringkat IPTA ( 2010)-Modul Bimbingan A-SMART - Kerjaya)
2. Anugerah Pingat Gangsa (Bronze Medal) pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (2010) - (Modul Bimbingan A-SMART - Kerjaya) - (136 Peserta yang bertanding termasuk pelajar luar negara)