Sunday 16 October 2011

Pengenalan Diri


Alhamdulillah.

Saya ingin sekali mempunyai diari coretan sebagai GBK. Sebelum ini saya punyai blog tetapi terlalu umum dan personal. Sebelum ini ada juga blog untuk ruangan kaunseling cuma telah dipadam pada dua tahun yang lepas. Semoga dengan hadirnya ruangan baru ini dapat menjadi panduan pada diri saya sendiri dengan pengalaman dan perkongsian dapat direfleksi semula untuk penambahbaikan kemudian hari. Adakalanya cerita kita yang lepas perlu disemak dan sebagai panduan serta diperbaiki dari semasa ke semasa. Perkongsian pengalaman dan coretan kisah dari kaca mata seorang guru kaunseling ini adalah berkisar tentang diri-sendiri, tidak menyentuh sensitiviti pihak lain. Semoga dengan hadirnya blog ini kita saling mendapat manfaat. Semoga kita dapat berkongsi dan mendapat pengetahuan berkaitan coretan harian Guru Bimbingan dan Kaunseling. Rata-rata orang selesa panggilan kaunselor tetapi saya masih ingin mengekalkan panggilan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling kerana terdapat perbezaan panggilan itu iaitu melibatkan setting pekerjaan. Walaupun kekangan masa, saya gagahi untuk mencoret di ruangan ini. Doakan saya pergi lebih jauh dalam Bidang Kaunseling. Hanya jauhar yang mengenal manikam.

Nama: Cik Nor Afiti Bt Mohd Basri
Jawatan: Guru Bimbingan dan Kaunseling (Sepenuh Masa)
Bertugas: Di Sekolah Menengah di bandar Sungai Petani, Kedah
Berasal: Tumpat, Kelantan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Mudah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Kepujian) dari UPSI dan sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di UPSI juga.
Warna Personaliti Diri : Hijau (Dominan) dan biru

Falsafah Hidup:
1. Manusia berpotensi berkembang dengan lebih baik
2. Laksanakan sesuatu dengan kepuasan dan bertanggungjawab

Anugerah dalam Bidang Kaunseling

1. Anugerah Pingat Perak (Silver Medal) Pertandingan Inovasi Pelajar peringkat IPTA ( 2010)-Modul Bimbingan A-SMART - Kerjaya)
2. Anugerah Pingat Gangsa (Bronze Medal) pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (2010) - (Modul Bimbingan A-SMART - Kerjaya) - (136 Peserta yang bertanding termasuk pelajar luar negara)

No comments:

Post a Comment